Tuesday, 20 September 2011

Setting Facebook yang sering berubah. . ALERT!!!

Assalamualaikum. . w.b.t


Selamat pagi sume. . thnxs pada yang sudi baca. . 


Korg semua ade facebook kan. . of course la ade kan. . 


Kalo korg perasan akhir2 ni setting kat FB selalu sgt berubah. . 


n aku rase ramai yang xperasan kt URL atas tu pun turut berubah. . 







ramai yang masih tak tahu yang http:// dengan https:// adalah berbeza. kenapa berbeza?

HTTP adalah singkatan dari HyperText Transfer Protocol , iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc). Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?

Link Facebook di bawah ini adalah secure kerana mengandungi https


Link di bawah ini pula bermula dgn www.ini bermkna akaun Facebook tersebut tidak mempunyai ciri2 keselamatan.



“S” adalah singkatan daripada “Secure”. Jika anda mengunjungi laman Web ,lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://./
Ini bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa
yang tidak selamat. Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa ‘perbualan’ dengan website.

Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut. Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http
Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.
Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?

Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .
Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.

p/s: Sila semak kembali URL bagi akaun Facebook anda.Dan jika masih tidak ada setting https, anda boleh setting balik kat 'Account Setting' di Facebook. .

No comments:

Post a Comment